Beberapa tahun lalu Cik Sri masih ingat, ketika itu Cik Sri bercakap dengan emak mengenai kasih sayang yang tidak kesampaian. Kata emak, kadang kala dalam hidup ini apa yang kita mahu atau berkehendak tak semestinya kita akan dapat. Itu bukan bermakna Tuhan tidak sayang pada kita, tapi itu adalah kerana Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita..jadi Cik Sri tahu..Cik Sri tak perlu tertanya-tanya kenapa Cik Sri tidak dapat untuk hidup bersama dengan orang yang Cik Sri suka dan sayang.
Namun itu tidaklah bermakna Cik Sri kecewa, tidak..tidak sama sekali sebaliknya individu itu, yang biar saja Cik Sri namakan sebagai En Rahim, tetap kekal dalam hati dan sanubari Cik Sri..
Singgah di pekan membeli lokan
lokan dimasak bergulai santan
sayang kekasih kita lepaskan
sayang Allah kita abadikan...